Thursday 28 April 2011



OBJEKTIF DAN MATLAMAT PUSAT AKSES SEKOLAH

1. Pengenalan


1.1 Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

1.2 Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.


1.3 Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.


1.4 Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai

dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.



2. Matlamat

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
2.1 Membudayakan penggunaan ICT di sekolah

2.2 Mengurangkan nisbah komputer dengan murid

2.3 Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid




3. Objektif

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
3.1 Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.

3.2 Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah sendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.

3.3 Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.